Untuk makluman buat masa ini. Ekoran daripada pandemik COVID-19 segala kurusu yang sepatutnya dijalankan pada tahun ini telah ditangguhkan. Walau bagaimanpun ada kursus yang telah dijalankan dan dijalankan berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sabah telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sabah Sebagai Pusat Kuarantin Sementara, iaitu sebagai persinggahan sebelum keluarnya keputusan saringan COVID-19. Apabila seseorang itu dikenalpasti telah mendapat jangkitan Covid-19, dia akan dipindahkan ke tempat lain yang telah diwartakan sebagai penempatan pesakit positif Covid-19.
Untuk Makluman semua Warga Bomba Negeri Sabah. Surat pencalonan peserta kursus untuk tahun 2021 telah diedarkan ke semua balai-balai yang berkaitan.
Kami Warga Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sabah mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.