Latar Belakang Akademi

Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1986 dengan nama Pusat Latihan Bomba Regional Sabah ( PLBR ).Penubuhan Pusat Latihan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sabah adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus Pegawai dan Anggota Bomba di Negeri Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan, disamping dapat mengurangkan kos penghantaran anggota berkursus di Semenanjung Malaysia.Sejak ditubuhkan, Pusat Latihan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sabah telah melaksanakan  lebih 500 kursus termasuk 8 siri Kursus Asas Kebombaan.Purata pengendalian kursus pada setiap tahun adalah 24 siri kursus, bersamaan dua kursus dalam sebulan yang melibatkan seramai 40 peserta dalam satu masa.

Bagi membolehkan ABPM Sabah berperanan dengan lebih berkesan, Tapak Latihan, ABPM Sabah, Cawangan Tuaran telah ditubuhkan dimana segala kursus yang bersifat praktikal seperti Kursus OIFF, BA, SAR, RTA, HAZMAT dan Penyiasatan Kebakaran dilaksanakan, sementara kursus yang lebih menekankan kepada teori seperti kursus Pencegah Kebakaran, Pengurusan dan Perundangan diadakan di ABPM Sabah di Sembulan,Kota Kinabalu.    Kedua-dua Pusat Kecemerlangan ini mempunyai keperluan asas seperti Dewan Makan, Asrama, Dewan Kuliah, Simulator Latihan dan peralatan bantuan mengajar.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA