Pengenalan

Unit Hal Ehwal Pelatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, satu unit baru diwujudkan oleh kerana perubahan terkini selaras dengan pertukaran nama yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah. Dengan wujudnya Unit Hal Ehwal Pelatih ini diharapkan dapat membantu Pegawai-pegawai Bomba dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab dengan cekap dan professional selaras dengan misi dan visi Jabatan.

TUGAS HAL EHWAL PELATIH

Sebelum Kursus

  • Memohon senarai Calon Peserta Kursus

Mengeluarkan surat edaran kepada Negeri/Balai mohon pencalonan peserta kursus. Membuat pengesahan penerimaan surat pencalonan nama peserta kursus dalam masa ditetapkan selepas surat diedarkan dan direkodkan.

  • Terima Senarai Calon Peserta Kursus

Terima senarai calon peserta kursus dari negeri-negeri/balai dalam masa ditetapkan dari tarikh pengesahan penerimaan surat yang telah diedarkan.

  • Pemilihan dan Penetapan Peserta Kursus

Pilih dan tetapkan nama calon dalam masa ditetapkan dari tarikh penerimaan senarai calon-calon.

  • Surat Panggilan Kursus

Surat Panggilan Kursus diedarkan ke negeri-negeri/zon/balai dalam masa ditetapkan sebelum kursus bermula.

 

Selepas Kursus

  • Laporan Kursus

Serahkan Laporan Kursus dalam masa ditetapkan selepas tarikh tamat kursus kepada HEP bersama-sama dengan maklumat berkaitan.

  • Permohonan Pengeluaran Sijil

Serahkan permohonan pengeluaran sijil dalam tempoh ditetapkan selepas tarikh tamat kursus kepada unit HEP bersama-sama dengan maklumat berkaitan.

  • Laporan Kursus

Rekodkan maklumat kursus dalam Buku Rekod Kursus.

 

Tugasan Utama

Tugas-tugas Unit Hal Ehwal Pelatih seperti berikut:

  • Memohon pencalonan peserta kursus dari negeri-negeri.
  • Memilih dan menetapkan peserta kursus.
  • Mengedarkan surat panggilan kursus ke negeri-negeri.
  • Membuat permohonan penyediaan keperluan bagi pelaksanaan kursus.
  • Merekod maklumat kursus dalam Buku Rekod Kursus.
  • Menerima permohonan pengeluaran sijil dari Penyelaras Kursus.
  • Merekod dalam Buku Penerimaan dan Penghantaran sijil.
  • Mengawalselia Bilik-bilik Kuliah.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA