MEMUPUK MINDA INOVATIF DAN KREATIF DIKALANGAN PELATIH

Sebagai seorang anggota bomba berprestasi tinggi bukan sahaja mahir dalam ilmu kebombaan dan penyelamatan malah memiliki kemampuan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. Sepanjang berkurus, pelatih Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2017 diberi peluang untuk menghasilkan satu projek inovasi sebagai penanda aras kemampuan mereka, cabaran ini telah disahut para pelatih dengan memilih objektif projek "Meningkatkan Kecemerlangan Teknikal Menyelamat Menggunakan Alat Pernafasan (Breathing Appartus)".

Tarikh 05 Januari 2018 sebagai hari bersejarah para pelatih kerana usaha dan kesungguhan selama ini telah berjaya membina "Terowong Latihan Menyelamat". Aturcara perasmian telah disempurnakan oleh YS. Komandan dihadiri oleh Ketua Pengajian, jurulatih dan para pelatih. Dalam petikan ucapan perasmian, beliau menyarankan agar pelatih akan terus mencetuskan budaya kreatif dan inovatif kerana soft skills  yang dimiliki amat signifikan dalam menyokong kecemerlangan balai apabila ditugaskan kelak, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada PB. Mazrom Ampahon dan PB. Geofery Elip selaku fasilitator projek kerana berjaya membimbing para pelatih sehingga projek berjaya disiapkan.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA