MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS TAMAT LATIHAN

Pada 09 Januari 2018 jam 09.00 pagi telah berlangsung mesyuarat bil. 2/2017 jawatankuasa induk majlis tamat latihan kursus sains kebombaan siri 1/2017 dipengerusikan oleh YS. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut YS. Timbalan Pengarah, YS. Komandan, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Balai Kawasan Zon Kota Kinabalu dan Pegawai-Pegawai Kanan Akademi. Mesyuarat menjurus kepada status pelaksanaan ahli jawatankuasa dan penyelarasan sinergi secara komprehensif agar majlis tamat latihan dilaksanakan dengan jayanya.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA