Persijilan EKSA Di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sabah

Selaras dengan penjenamaan semula Pelaksanaan Amalan 5S kepada Ekosistem  Sektor Awam (EKSA) dibawah MAMPU, JBPM Sabah telah melaksanakan beberapa perubahan dalam jawatankuasa dan piawaian pelaksanaan program amalan 5S sebelum ini. Moto amalan eksa adalah "Ketenangan & Kedamaian" Manakala visi eksa adalah membentuk budaya kerja yang lebih bersistematik  dan selamat ke arah peningkatan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan. Manakala misi eksa Mengukuhkan sistem budaya kerja yang selamat, bersih, berdisiplin, kemas,dan selesa dengan melaksanakan amalanekosistem yang kondusif dikalanganwarga JBPM Negeri Sabah. Sebagaimana jabatan-jabatan lain JBPM Sabah khasnya ABPM Wilayah sabah mempunyai polisi eksa iaitu EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, Perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, sihat, bersih dan selamat.

Audit eksa telah dijalankan pada 17 Januari 2020. Sebelum bermulanya Audit Eksa. Pihak Akademi telah bertungkus lumus dalam menyediakan  persekitaran yang memboleh kan peralihan dari 5S kepada eksa. Setelah diaudit oleh pihak MAMPU keputusan audit di ABPM Wilayah Sabah adalah  LAYAK DIPERSIJILKAN. Dengan itu ABPM Wilayah sabah dengan rasminya melaksanakan Amalan EKSA.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA