Kursus Keselamatan Kebakaran

  • Kursus Pencegahan Kebakaran di Bangunan
  • Kursus Pencegahan Kebakaran (Asas)
  • Kursus Pencegahan Kebakaran (Menengah)
  • Kursus Rekabentuk dan Pemasangan Sistem Kebombaan
  • Kursus Perlesenan
  • Kursus Keselamatan Kebakaran (Awam)
  • Kursus Perakuan Bomba
  • Kursus Penghapusan Bahaya Kebakaran
  • Bengkel Pepasangan Sistem Pancur Basah

Secara umum, pusat penyelidikan ini, yang dibagi menjadi tiga bahagian utama;

1. Divisi Pengurusan
2. Staf Divisi Kursus
3. Divisi Program Umum / Swasta (Eksternal)

Divisi Pengurusan Personalia (Dalaman) dibahagikan menjadi dua unit:

1. Kursus UBBL Unit / Penyelidikan Rencana
2. Kursus Unit Perizinan
3. Unit Pencegahan Kebakaran Kursus

Sedangkan program Umum / Swasta (Eksternal) dibahagikan menjadi dua unit:

1. Kursus Unit Kilang / Industri
2. Kursus Asas Unit Keselamatan Kebakaran (Umum / Swasta)

 

 

 


  • Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan program kursus dan latihan kepada Pegawai Bomba dengan cekap dan berkesan.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya untuk melahirkan pegawai-pegawai bomba yang mempunyai kemahiran dan juga pengetahuan berkaitan aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran.
  • Merancang menyediakan modul-modul serta bahan-bahan pembelajaran berkaitan dengan aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran.
  • Bertanggungjawab menyampaikan prosedur-prosedur atau peraturan terkini kepada pegawai-pegawai bomba berkaitan aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran.

  • Untuk melahirkan Pegawai Bomba yang cekap, berpengetahuan, berdisiplin dan berusaha ke arah mewujudkan satu Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan lebih professional sebagai teras kecemerlangan Jabatan.
  • Berusaha untuk mencapai keunggulan dan membentuk Pusat Kecemerlangan yang mana kakitangannya mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan ( Multi Skill ) menerusi penggunaan teknologi maklumat yang berteknologi tinggi.

Pusat Pengajian Keselamatan Kebakaran Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, baru diwujudkan oleh kerana perubahan terkini selaras dengan pertukaran nama yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah. Dengan wujudnya Pusat Pengajian Keselamatan Kebakaran ini diharapkan dapat membantu Pegawai-pegawai Bomba dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab dengan cekap dan professional selaras dengan misi dan visi Jabatan.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA