Pembelajaran

FRAM Wakaf Tapai, dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai untuk tujuan pembelajaran dan menjalankan pelbagai aktiviti seperti kemudan Bilik Kuliah, Bilik Gerakan, Auditorium dan Perpustakaan. Butir-butir kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :-

Kemudahan
Jumlah
Kapasiti
Bilik Kuliah
18 buah
640
Perpustakaan
1 buah
50
Makmal Komputer
2 buah
40
Bilik Gerakan
1 buah
120
Auditorium
1 buah
500
Makmal Fizik
1 buah
30
Makmal Kimia
1 buah
30

Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan pembelajaran dan menjalankan aktiviti seperti bilik kuliah sebanyak 18 buah.


 
 
Terdapat 2 buah makmal komputer di FRAM Wakaf Tapai.Kemudahan makmal komputer ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran dan perolehan maklumat yang diperlukan oleh pelatih dan pegawai serta peserta kursus.
 

 
 
Perpustakaan FRAM Wakaf Tapai pula menyediakan pelbagai bahan dan sumber rujukan semasa untuk kemudahan staf akademi dan peserta kursus. Di dalam perpustakaan terdapat bilik Audio Visual dan Bilik Perbincangan.
 

 
 
Bilik Gerakan di FRAM Wakaf Tapai digunakan sebagai bilik seminar atau perjumpaan dengan pihak luar. Selain daripada itu, ianya digunakan sebagai lokasi bagi mengadakan kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh jabatan.
 

 
 
Auditorium FRAM Wakaf Tapai boleh menempatkan seramai 500 orang peserta pada satu masa dan boleh digunakan sebagai tempat perjumpaan atau persidangan yang dianjurkan oleh pihak jabatan ataupun pihak luar.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA