Perjawatan Semasa Akademi Bomba

KUMPULAN JAWATAN BILANGAN DILULUSKAN BILANGAN DIISI BILANGAN KEKOSONGAN
PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL 41-52 17  8 9
KUMPULAN 
SOKONGAN 29 - 38
16 14 2
KUMPULAN 
SOKONGAN 17- 26
80 60 20
KUMPULAN 
GUNASAMA 38 - 1
28 26 2
JUMLAH 141 108 33

   

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu.

Produktiviti dikaitkan dengan konsep kecekapan , keberkesanan dan kualiti. Kerkesanan sesebuah organisasi pula ditentukan sama ada hasil atau perkhidmatan yang diberikan perlu ditambah nilai dengan ciri-ciri kualiti seperti cepat, tepat, berintegriti dan mesra pelanggan.

Justeru, Akademi Bomba dan Penyelamat  Wilayah Timur mesti didokong oleh pegawai-pegawai yang berpengetahuan dan berkemahiran serta bersedia  meningkatkan kecemerlangan melalui pembelajaran berterusan, agar sesuai sebagai pakar rujuk atau perunding kemahiran  melebihi pegawai yang lain. Semua Pegawai hendaklah memilik prinsip High Thinking, High Doing dan High Skill, High Will.  Keberhasilan latihan masih belum terbilang, sekiranya ia tidak diingati, dihayati , dikenangi dan dijadikan warisan generasi akan datang. Seperti pepatah Melayu “ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

Dunia IT adalah dunia tanpa sempadan. Teknologi yang bergerak pantas menjadi satu wadah dalam latihan bagi meningkatkan kecemerlangan latihan dalam Jabatan. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur mengambil inisiatif melalui teknologi tanpa sempadan ini sebagai salah satu cara untuk mengukur keberkesanan latihan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sebagai sebuah Akademi Latihan Kebombaan, kursus-kursus yang dilaksanakan merupakan elemen penting dalam proses transformasi membentuk Pegawai Bomba yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai keperibadian yang tinggi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Saya berharap dengan terhasilnya saluran informasi ini, secara tidak langsung akan dapat membantu kepelbagaian pendekatan komunikasi serta cara penyampaian maklumat yang lebih tepat, telus dan berkesan kepada pelanggan.

Selamat melayari Laman WEB Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

Terima Kasih kerana mengunjungi Laman WEB Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

 

PPjB Sobberi Bin Basiran

Komandan,

Akademi  Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu.


 Sejarah Komandan

 

    Jun 2004-2008

                   Penolong Pesuruhjaya Bomba Nordin bin Pauzi

 

15 April 2008 - April 2013

Penguasa Kanan Bomba  Norazam bin Khamis

30 April 2013 -10 April 2017  

Penguasa Kanan Bomba Abdul Razak bin Muda

 

 

10 April 2017 hingga kini

Penguasa Kanan Bomba Sobberi bin Basiran


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA