Cetak

Kebakaran Di Bangunan (KB22-KB26)

PENDAHULUAN

Modul kursus Keselamatan Kebakaran Di Bangunan ini disediakan sebagai panduan bagi mengendalikan kursus kepada Pegawai-pegawai Bomba Gred KB 22, KB 24, dan KB 26. Kandungan kursusnya mengandungi topik-topik yang membicarakan  tugas pencegahan yang diterima pakai, akses perkakas bomba, jalan keluar, sistem pencegahan kebakaran dan pengurusan  risiko kebakaran.


TUJUAN

  • Memberi pengetahuan tentang undang-undang yang berkaitan dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
  • Memberi pengetahuan tentang sistem perlindungan kebombaan pasif dan aktif.
  • Memberi pengetahuan tentang sistem bantuan menentang kebakaran dan pengurusan risiko kebakaran.

 

OBJEKTIF

  • Peserta kursus akan memahami undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran di bangunan-bangunan.
  • Peserta kursus akan memahami aspek keselamatan kebakaran  di bangunan-bangunan iaitu perlindungan pasif dan aktif.
  • Peserta kursus akan mengetahui dan memahami sistem-sistem bantuan menentang kebakaran dan pengurusan risiko di dalam bangunan.

 

KELAYAKAN PESERTA KURSUS

  • Sihat tubuh badan
  • Pegawai Bomba Gred KB 22, KB 24, dan KB 26.
 
KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS

Kursus ini dijalankan secara teori iaitu di dalam kelas dan simulator.
 

JANGKAMASA KURSUS

Pelaksanaan kursus adalah selama 10 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat.