Cetak

Kecemerlangan & Motivasi

PENDAHULUAN

 

Modul kursus Kecemerlangan dan Motivasi ini disediakan  sebagai panduan dalam mengendalikan kursus ke atas pegawai bomba yang memerlukan peningkatan motivasi dan kecemerlangan dalam tempoh perkhidmatan di dalam jabatan. Pegawai-pegawai Bomba ini perlu didedahkan dengan  unsur-unsur pembangunan diri, pemantapan kerohanian, perubahan sikap, peningkatan motivasi dan konsep kecemerlangan diri dan jabatan  di dalam situasi dan persekitaran kerja sebenar. Ini disebabkan mereka ini terdiri daripada kumpulan sokongan yang menjadi nadi kepada kejayaan dan kecemerlangan jabatan di dalam operasi kebombaan dan penyelamatan di peringkat lapangan. Selain dari itu, elemen-elemen penerokaan kendiri, penghayatan matlamat hidup, pengiktirafan diri, perubahan sikap positif dan pembentukan minda kelas pertama perlu ditekankan dalam modul ini agar manfaat dan natijah akhir  dalam kursus dapat diterapkan dan disemai secara langsung di dalam diri para peserta yang terlibat.

 
 
TUJUAN
 
 
OBJEKTIF
 
Objektif utama  modul ini adalah untuk memupuk nilai-nilai dan budaya kecemerlangan di kalangan kumpulan sasaran bagi meningkatkan keupayaan dan jati diri setiap individu dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Objektif-objektif ini termasuklah dan meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan dan motivasi seperti berikut:-
 
KELAYAKAN PESERTA KURSUS

Pegawai Bomba Gred KB17 – KB26 yang memerlukan peningkatan kecemerlangan dan penerokaan motivasi kendiri serta peningkatan prestasi kerja di dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab seharian di dalam organisasi jabatan.
 
 
KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS
 
Kaedah Teori           -        80 %
Kaedah praktikal     -        20 %
 
JANGKAMASA KURSUS
 
Jangkamasa kursus yang ditetapkan ialah selama 5 hari.