Keselamatan Kebakaran Di Bangunan

Tujuan Kursus

Diakhir kursus ini nanti peserta akan dapat memahami faktor-faktor dan fungsi yang perlu diwujudkan dalam aspek keselamatan kebakaran di bangunan.

[Keselamatan Kebakaran Di Bangunan - galeri]

 Objektif

Diakhir kursus ini peserta akan dapat :-

  • Kefahaman yang mendalam bagi kehendak- kehendak kebombaan di dalam pembinaan sesuatu bangunan.
    Kefahaman yang jelas dan tahu membuat rujukan pada undang-undang kecil bangunan seragam 1984 yang berkaitan secara meluas.
    Keyakinan dalam menjalankan pengujian keatas pepasangan keselamatan kebombaan.
    Kefahaman yang mendalam bagi kehendak- kehendak kebombaan di dalam pembinaan sesuatu bangunan.
  • Kefahaman yang jelas dan tahu membuat rujukan pada undang-undang kecil bangunan seragam 1984 yang berkaitan secara meluas.
  • Keyakinan dalam menjalankan pengujian keatas pepasangan keselamatan kebombaan.

 

Kandungan Kursus

  • Undang-undang kecil bangunan seragam 1984.
  • Akses perkakas bomba.
  • Means of escape
  • Pencegahan kebakaran pasif
  • Pencegahan kebakaran aktif
  • Sistem bantuan menentang kebakaran.
  • Pengurusan risiko

 

Sinopsis

Melalui kursus keselamatan kebakaran di bangunan  ini peserta-peserta akan didedahkan dengan pengenalan dan sejarah undang-undang kecil bangunan seragam 1984, khususnya peruntukan undang-undang di bahagian ke VII dan ke VIII serta pemakaian jadual-jadual kelima, ketujuh dan kesepuluh, penentuan bagi akses perkakas bomba juga diajar. Untuk keselamatan dalam bangunan, topik-topik yang diajar adalah termasuk means of escape, perhitungan beban kependudukan dan penentuan kedudukan, bilangan dan ukuran pintu, koridor dan tangga. Sistem perlindungan pasif dan aktif serta sistem bantuan menentang kebakaran juga diberi penekanan di dalam kursus ini. Kursus ini juga menekankan secara amali bagi pengujian sistem-sistem kebombaan. Topik pengurusan risiko juga diajar sebagai pelengkap kepada pengetahuan dalam kursus ini.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA