Kata Alu-aluan Ketua Pengarah

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia…

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengguna yang melayari laman web JBPM ini.

 Laman web ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya berharap laman web ini akan dapat membantu dan memudahkan orang ramai dalam mendapatkan informasi mengenai Jabatan selaras dengan pengenalan Slogan “Cepat dan Mesra”. Orang ramai juga dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan akan terus dapat dijalankan.

 Saya juga berharap laman web ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan maklumat dan mempercepatkan urusan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 Terima Kasih kerana mengunjungi laman web JBPM.

 

YAS Dato' Wan Mohd Nor Bin Ibrahim

Ketua Pengarah

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA