Perutusan Komandan

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia juga telah menyahut cabaran dengan terbinanya laman web ABPM Wilayah Sarawak ini. Teknologi yang semakin canggih memerlukan kepantasan terutama dalam mencapai sesuatu maklumat mahupun menyebarkannya. Justeru itu laman web ini dibina bagi membenarkan kliental ABPM Wilayah Sarawak untuk mengakses maklumat bagi memudahkan lagi sebarang urusan yang berkaitan dengan ABPM Wilayah Sarawak terutama berkaitan dengan perlaksanaan kursus dan latihan bagi peserta-peserta dari Negeri Sarawak.
Ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat bagi membangunkan laman web ini terutama semua Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia dan juga jutaan terima kasih kepada pengurusan tertinggi JBPM atas sokongan yang telah diberikan selama ini. Adalah diharapkan laman web ini akan memberikan menfaat bukan sahaja kepada kliental Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak malahan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan ABPM Wilayah Sarawak.

Wabillah hitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Sekian, terima kasih,

 

Komandan,
Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA