Fungsi

  • Merancang dan melaksanakan latihan dalam perkhidmatan pegawai & anggota Bomba dalam bidang kebombaan berdasarkan skim perkhidmatan. Dasar Latihan 1986 & Sistem Saraan Baru 1992 & memorandum JPA 63/138KH.I(15) 1994.
  • Melaksanakan latihan kepada kakitangan perkhidmatan Awam dalam bidang keselamatan kebakaran ( Arahan perkhidmatan Bab 8, sesyen 2 (a), (b) dan (c).
  • Merancang dan melaksanakan Latihan kebombaan untuk pasukan Bomba daripada negara ASEAN & negara Dunia Ketiga. ( Program Bantuan Teknikal, Malaysia– dikenali sebagai kursus MTCP ( MALAYSIA TECHNICAL COPERATION PROGRAMME ).
  • Merancang dan melaksanakan latihan kebombaan untuk Pegawai Keselamatan Kebakaran Bangunan ( Industri & Komersial ) menerusi (Akta 341, Akta Perkhidmatan Bomba 1988; Seksyen 62 1(c ).
  • Merancang, mengurus dan mengendalikan peperiksaan perkhidmatan dan peperiksaan khas bagi tujuan kenaikan pangkat bagi setiap skim perkhidmatan.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA