3 Fungsi Utama iaitu:
Sebelum Kursus
- Memohon senarai Calon Peserta Kursus
Mengeluarkan surat edaran kepada Negeri/Balai mohon pencalonan peserta kursus. Membuat pengesahan penerimaan surat pencalonan nama peserta kursus dalam masa ditetapkan selepas surat diedarkan dan direkodkan.
- Terima Senarai Calon Peserta Kursus
Terima senarai calon peserta kursus dari negeri-negeri/balai dalam masa ditetapkan dari tarikh pengesahan penerimaan surat yang telah diedarkan.
- Pemilihan dan Penetapan Peserta Kursus
Pilih dan tetapkan nama calon dalam masa ditetapkan dari tarikh penerimaan senarai calon-calon.
- Surat Panggilan Kursus
Surat Panggilan Kursus diedarkan ke negeri-negeri/zon/balai dalam masa ditetapkan sebelum kursus bermula.
Selepas Kursus
- Laporan Kursus
- Serahkan Laporan Kursus dalam masa ditetapkan selepas tarikh tamat kursus kepada HEP bersama-sama dengan maklumat berkaitan.
- Permohonan Pengeluaran Sijil
- Serahkan permohonan pengeluaran sijil dalam tempoh ditetapkan selepas tarikh tamat kursus kepada unit HEP bersama-sama dengan maklumat berkaitan.
- Rekod
- Rekodkan maklumat kursus dalam Buku Rekod Kursus.
Tugas Utama
Tugas-tugas Unit Hal Ehwal Pelatih seperti berikut:
- Memohon pencalonan peserta kursus dari negeri-negeri.
- Memilih dan menetapkan peserta kursus.
- Mengedarkan surat panggilan kursus ke negeri-negeri.
- Membuat permohonan penyediaan keperluan bagi pelaksanaan kursus.
- Merekod maklumat kursus dalam Buku Rekod Kursus.
- Menerima permohonan pengeluaran sijil dari Penyelaras Kursus.
- Menghantar permohonan sijil ke Unit ICT.
- Menerima sijil yang siap dicetak dan tandatangani untuk edaran.
- Mengedar sijil-sijil dan Slip Akuan Penerimaan Sijil ke balai-balai.
- Merekod dalam Buku Penerimaan dan Penghantaran sijil.
- Mengawalselia Bilik-bilik Kuliah.
- Menyimpan maklumat pegawai di dalam data PERMIS