Pada 24 November 2017, Majlis Penyerahan Sijil, Plak dan Cenderahati Konvensyen Amalan Persekitaran Kondusif (APK) Sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2017 telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton, ABPM Wilayah Sarawak. Dalam majlis ini, Penyampaian Sijil dan Plak kepada ahli-ahli Kumpulan QE5S ABPM Wilayah Sarawak iaitu Kumpulan Taiton yang terdiri daripada YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak, PgKB II Mohammad Fauzi bin Hj, Mohamat Kifli, PgB Jesica anak Sylvester Embuas, PKPgB Syahrumie bin Alidinsah, PBT Jack anak Janggat, PB Supamanian A/L Bulago Nathan dan PB Anif Hanafi bin Adenan. Penyampaian tersebut diberikan oleh En. Zawawi bin Rambli, Pegawai Unit Permodenan Perkhidmatan Negeri Sarawak dan disaksikan oleh YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid PKP Bahagian Latihan JBPM.

 

Klik disini untuk gambar


Pertandingan Kawad Kecekapan Operasi Kebombaan Peringkat Kebangsaan merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap warga bomba diseluruh negara. Acara yang akan menguji tahap kecekalan, kecekapan, fizikal dan mental peserta oleh setiap peserta melibatkan 9 acara dipertandingkan. Pada tahun ini, sekali lagi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan pertandingan ini. Semoga peserta-peserta bertanding akan menunjukkan semangat yang jitu demi memartabatkan operasi kebombaan ke peringkat yang lebih tinggi. "Training Towards Excellence"

  


Pada 27 Ogos 2014 FRAM Wakaf Tapai telah menerima kunjungan Lawatan dari Delegasi Jakarta, Indonesia Fire and Disaster Management Department. Tujuan lawatan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama diantara dua Negara khusunya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai sebuah Institusi Awam (ILA) serta meninjau fasiliti yang terdapat di FRAM Wakaf Tapai.

Kunjungan ini diketuai oleh Peter Placidus S.Petrus Ketua dewan Pembina, Indonesia Fire & Rescue Foundation (IFRF).
Taklimat ini disampaikan oleh YS Pen. Ketua Pengarah Bhg. Latihan JBPM PKPjB Mohammad Hamdan Hj Wahid, turut hadir
bersama PKPjB Ahmad Izram, Komandan FRAM Wakaf Tapai PPjB Abdul Razak Muda, Ketua-ketua Pengajian FRAM Wakaf Tapai.


Nama kursus: TEKNIK PEMADAMAN
Tarikh Kursus: 14-18 Mei 2017
Jumlah peserta yg hadir: 24orang
Penyelaras dan Pen. Penyelaras: PKPgB AZMAN BIN ABU HASSAN & PBK II Jalihami Hamzah bin Jaluddin


Pada 17 April 2014 bertempat Bilik Pameran telah diadakan penutupan kursus Pengurusan Bencana dan Ketenteraman Awam bagi Diplomatik Pengurusan Awam (DPA) INTAN 2014 yang dihadiri 74 orang peserta.

Objektif ini bertujuan memberi pendedahan peranan dan tugas tanggungjawab sebagai Pegawai Bomba serta pengesahan jawatan dalam perkhidmatan, Kursus ini berjalan selama 5 hari bermula pada 13-17 April 2014.


Penyelaras Kursus : PgKB I Rosmainor Yaakub


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA