Majlis Makan Malam dan Perpisahan Pegawai ABPM Wilayah Sarawak

Pada 04 Ogos 2017, Satu Majlis Makan Malam dan Perpisahan Pegawai ABPM Wilayah Sarawak telah diadakan.
Dua orang pegawai yang bertugas di ABPM Wilayah Sarawak akan berpindah tempat bertugas iaitu PBK II Norman anak Matu dan Cik Marilyn Durie anak Kasau. Masing-masing di tempatkan di Ibu Pejabat JBPM Sarawak dan BBP Sibu Central.
Pegawai tersebut akan digantikan oleh PBK II Arther James Collin dan Puan Diana Joseph binti Abdullah.
Banyak kenangan suka duka yang telah dikecapi dan dirasai bersama mereka berdua sepanjang berkhidmat di ABPM Wilayah Sarawak. Perpindahan mereka telah memberi impak yang besar kepada kami di ABPM Wilayah Sarawak ini. Kami di ABPM ini sentiasa mendoakan agar mereka berjaya dan sentiasa berkhidmat dengan baik di tempat yang baru
Klik di sini untuk gambar

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA