MAJLIS APRESIASI ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 08 Disember 2017, Majlis Apresiasi ABPM Wilayah Sarawak anjuran Kelab Rekreasi ABPM Wilayah Sarawak telah diadakan di Hotel Grand Continental Kuching, Sarawak. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YS Komandan bersama keluarga dan semua pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak dengan ahli-ahli keluarga masing-masing. Dalam majlis ini juga, warga ABPM menyambut hari kelahiran bagi PBK I Azman bin Hj Hanapis dan PBK II Arther James Collin. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi karaoke dan cabutan bertuah. Semoga Majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga warga ABPM Wilayah Sarawak.

 

Klik di sini untuk gambar


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA