SAMBUTAN GAWAI RAYA ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 28 Jun 2018, Sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bagi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah diadakan di Dewan Makan (Zon Nissan) ABPM Wilayah Sarawak. Dalam sambutan Gawai Raya ini, Jemputan khas kepada YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad. Jemputan-jemputan lain juga termasuklah Ketua Balai BBP Bau serta pegawai-pegawai BBP Bau , Jurulatih Kawad Tongkat Sukat dari ABPM Kuala Kubu PBK I Basir dan kesemua peserta kursus dari Kursus Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), Kursus Perlesenan dan Kursus Kawad Tongkat Sukat. Sambutan ini diadakan bagi merapatkan lagi silaturahim sesama pegawai dan mengeratkan lagi perhubungan di antara peserta kursus dengan pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak. SELAMAT HARI RAYA… MAAF ZAHIR DAN BATIN dari semua staff ABPM Wilayah Sarawak.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1284716681659129

 


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA