EXECUTIVE TALK YAS DATO KP

Pada 21 Januari 2019, Executive Talk oleh Yang Amat Setia, Dato’ Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Kedatangan YAS Dato’ Mohammad Hamdan bin Hj Wahid telah disambut mesra oleh semua warga ABPM Wilayah Sarawak yang diketuai oleh YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad. “Executive Talk” YAS Dato’ Ketua Pengarah pada kali ini bertajuk Sistem Pengurusan Kualiti MS:ISO 9001:2015 ke Arah Organisasi Berprestasi Tinggi. Semoga segala amanat yang telah disampaikan oleh YAS Dato’ dapat dijadikan panduan untuk semua pegawai.

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1453174488146680

 


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA