MAJLIS APRESIASI KSSK SIRI 1/2019

09 November 2019 - Majlis Apresiasi Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019 , Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah diadakan di UCSI Hotel, Kuching . Seramai 17 Pegawai ABPM Wilayah Sarawak termasuk jurulatih jemputan telah dijemput dalam majlis Apresiasi ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak . Majlis ini bagi menghargai jasa-jasa jurulatih dan pegawai-pegawai ABPM dalam mendidik pelatih KSSK Siri 1/2019 ini .Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memeriahkan majlis ini . Semoga semua pelatih berjaya dalam kerjaya sebagai seorang anggota bomba kelak dan mengharumkan nama jabatan .

    

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1701282313335895


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA