MAJLIS TAMAT LATIHAN KSSK SIRI 1/2019

19 November 2019 - Hari ini dalam sejarah bagi 77 orang pelatih bergelar sebagai seorang pegawai bomba yang telah berjaya menamatkan KSSK selama 4 bulan setengah di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak . Pengorbanan dan penat lelah yang dihadapi sepanjang tempoh latihan akhirnya telah menampakan hasil kejayaan pada hari . Kursus latihan ini terdiri daripada 13 modul utama dan 3 modul tambahan . Kursus latihan modul ini adalah merupakan elemen penting sebagai proses transformasi membentuk keperibadian seorang pegawai bomba untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara . Majlis tamat latihan ini dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas , Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah dan bersama YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Hj Wahid . Tahniah dan syabas kepada 77 pelatih yang telah menamatkan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019.

   


 

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1710030945794365


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA