MAJLIS PENYERAHAN BAJU EKSA DAN GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SIMULATOR (ZON BRATAK)

Pada 02 September 2020, Majlis Penyerahan Baju Eksa Dan Gotong Royong Membersihkan Kawasan Simulator bagi Zon Bratak telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton dan Kawasan simulator Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Program hari ini diketuai oleh PgKB II Kurung anak Suwen, Komandan ABPM Wilayah Sarawak.

Program ini dilaksanakan bagi memangkitkan semangat dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam melaksanakan kerja hakiki di Akademi yang tercinta ini. Semoga amalan EKSA yang disemai oleh semua pegawai-pegawai ABPM ini melahirkan pekerjaan dan persekitaran yang harmoni di dalam ABPM Wilayah Sarawak.

Keceriaan dan sikap bekerjasama amatlah dituntut sama sekali dalam melaksanakan apa-apa program bagi kami semua pegawai-pegawai di Akademi ini.

#AKADEMIKUCINTAI
#AKADEMIKUSAYANGI

 

 

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=ABPMSARAWAK&set=a.2012535008877289


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA