LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM(EKSA) DI SK MERANEK

Pada 03 September 2020, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Sekolah Menengah Meranek, Kota Samarahan. 18 staff ABPM Wilayah Sarawak bersama 3 wakil anggota dari Balai Bomba Bau diketuai oleh PgKB II Kurung anak Suwen, Komandan ABPM Wilayah Sarawak.

Tujuan lawatan ini adalah untuk bekerjasama bagi menjana kecemerlangan dalam bidang pengurusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA), berkolaborasi dan berkongsi pengalaman, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang ke arah meningkatkan profesionalisme.

Kehadiran rombongan ABPM Wilayah Sarawak disambut baik oleh Tuan Haji Issnu bin Dollah, Guru Besar SK Meranek Kota Samarahan dan kaki tangan sekolah.

ABPM Wilayah Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sambutan yang luar biasa.

#skmeranekdihatiku

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=ABPMSARAWAK&set=a.2012730115524445

 


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA