MAJLIS PERPISAHAN MANTAN KOMANDAN ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 05 September 2020, Kelab Rekreasi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi PgKB II Sabarudin Bin Mohamad, Mantan Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Majlis ini diadakan di 56 Hotel, Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak.

Majlis ini diraikan bagi mengenang dan memperingati segala jasa yang telah disumbangkan oleh beliau semenjak berkhimat bermula 06 Februari 2018 sehingga 28 Februari 2020 di ABPM Wilayah Sarawak. Selama beliau berkhidmat, beliau telah memikul tanggungjawab sebagai Komandan dengan penuh dedikasi dan cekal. Majlis ini telah disempurnakan oleh PgKB II Kurung anak Suwen, Komandan ABPM Wilayah Sarawak.

Semoga Tuan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia amnya JBPM Negeri Sarawak. Semoga kita berjumpa lagi.

#AKADEMIKUCINTAI
#AKADEMIKUSAYANGI

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=ABPMSARAWAK&set=a.2015711255226331


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA