18 September 2020, Jumaat - Seramai 18 kakitangan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah terlibat secara langsung ujian saringan air kencing. Pemeriksaan ini didatangi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Kuching.
Seramai 4 pegawai dari agensi tersebut telah hadir untuk melaksanakan saringan keatas semua kakitangan ABPM Wilayah Sarawak termasuk pegawai gunasama. Tujuan pemeriksaan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan semua kakitangan penjawat awam bebas dari penyalahgunaan dadah.
Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati kesemua kakitangan ABPM Wilayah Sarawak adalah bebas dari penyalahgunaan dadah.
#DADAHMUSUHNEGARA
#HIDUPSIHATTANPADADAH
https://www.facebook.com/media/set/?vanity=ABPMSARAWAK&set=a.2031840766946713