PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH 2020

Pada 03 November 2020, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah mengadakan Kempen Derma Darah bagi membantu pihak hospital tempatan mendapatkan lebih ramai penderma terutamanya dalam kalangan pegawai-pegawai JBPM. Program ini telah ditempatkan di Lobi Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak.

Pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak juga telah mewakilkan 4 orang staff ABPM Wilayah Sarawak dan 2 orang pelajar universiti yang praktikal di ABPM Wilayah Sarawak untuk menyertai program tersebut. Program ini sangat penting supaya bekalan darah dalam tabung darah hospital tempatan sentiasa mencukupi apabila digunakan dalam masa kecemasan.

 

 

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=ABPMSARAWAK&set=a.2077614315702691


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA