PROGRAM SANTAI BERSAMA KOMANDAN ABPM WILAYAH SARAWAK

17 Disember 2020, “Bagai menatang minyak yang penuh” adalah perumpamaan yang paling tepat. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak melalui anjuran kelab rekreasi telah mengadakan program santai bersama Penguasa Kanan Bomba II , Kurung anak Suwen,Komandan ABPM Wilayah Sarawak.
Mengambil peluang itu, warga ABPM Wilayah Sarawak telah menyampaikan cenderahati kepada 2 orang pelajar dari institut SAITO UNIVERSITY COLLEGE, iaitu Encik Christ Imerson Ak Abeng dan Encik Marzuki Meredius yang telah selesai menjalani silibus praktikal di ABPM Wilayah Sarawak sejak 2 bulan yang lalu dengan jayanya.
Seterusnya, aturcara program juga diselitkan lagi dengan beberapa penyampaian kepada warga ABPM Wilayah Sarawak sendiri. Antaranya adalah sambutan ulang tahun bersama, penganugerahan dan penyampaian hadiah.
Akhir sekali, kredit juga diberikan kepada semua warga yang telah menjayakan program ini dari permulaan hingga selesai aturcara. Semoga keakraban dan persahabatan yang terjalin akan semakin utuh. Akhir kata, semoga maju jayta hendaknya kepada Encil Christ dan Encik Marzuki.

 

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=ABPMSARAWAK&set=a.2125432104254245


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA