• Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran Akademi Bomba Sarawak dalam hal-hal pentadbiran, kewangan dan logistic.
  • Merekodkan, menyimpan dan menyelenggara aset akademi bagi mengekalkan semua peralatan berada dalam keadaan baik.
  • Membuat perolehan peralatan dan perkhidmatan bagi akademi.
  • Bertindak mengurus hal ehwal peserta kursus.

  • Bertanggungjawab bagi memastikan perancangan tenaga kerja, perkhidmatan pengawasan kakitangan berjalan dengan lancar ke arah memenuhi keperluan-kepelruan jabatan.
  • Bertanggungjawab bagi memastikan pengurusan kakitangan, pentadbiran pejabat dan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan teratur dan sistematik.
  • Bertanggungjawab mendokong semua program dan aktiviti anjuran akademi bagi mencapai kecemerlangan berterusan.

Cawangan Pengurusan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, baru diwujudkan oleh kerana perubahan terkini selaras dengan pertukaran nama yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.  Dengan wujudnya Cawangan Pengurusan ini diharapkan dapat membantu pentadbiran Akademi dalam menyelaraskan program-program yang dilaksanakan.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA