Membantu meningkatkan kualiti modal insan yang kompetan dan berintegriti di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mencapai objektif, misi dan visi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia khususnya serta meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan Jabatan dalam bidang kebombaan yang bertaraf dunia.


Cawangan Pratikal Kebombaan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak, diwujudkan oleh kerana perubahan terkini selaras dengan pertukaran nama yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak. Dengan wujudnya Cawangan Pratikal Kebombaan ini diharapkan dapat membantu Pegawai-pegawai Bomba dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab dengan cekap dan professional selaras dengan misi dan visi Jabatan.


OBJEKTIF

  • Untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ilmu kebombaan melalui  latihan praktikal yang dijalankan kepada semua pegawai yang berkursus di akademi ini.
  • Untuk memberikan latihan kebombaan yang terkini dan sesuai dengan Pembangunan Negara.
  • Untuk melahirkan seorang pegawai bomba yang berpengetahuan dan bertanggungjawab semasa menjalankan operasi kebombaan dibalai.
  • Untuk menjadikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, sebuah pusat kecemerlangan berkaitan ilmu operasi kebombaan.

FUNGSI

  • Bertanggungjawab mengenalpasti peralatan dan kelengkapan simulator yang terkini serta sesuai dengan Pembangunan Negara.
  • Bertanggungjawab menjalankan dan menguruskan latihan praktikal kebombaan mengikut kursus yang dianjurkan oleh pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai.
  • Bertanggungjawab membantu memeriksa setiap peralatan dan kelengkapan simulator sebelum kursus dijalankan.
  • Bertanggungjawab melaksanakan latihan kecergasan fizikal (latihan jasmani pagi dan petang) dan kawad kaki bagi setiap kursus yang dikendalikan oleh  Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA