• Merancang dan melaksanakan program kursus kepada pegawai bomba dalam bidang keselamatan kebakaran, pencegahan dan menghapus bahaya kebakaran.
  • Memberi pendedahan mengenai Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, UBBL(2) dan Sarawak Building Ordinance (SBO).
  • Memberi pembelajaran berkaitan mengkaji dan meneliti pelan-pelan dan tatacara menyemak dan mengesahkan pelan-pelan yang dikemukakan ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam aspek-aspek keselamatan kebakaran serta memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai bahaya kebakaran.
  • Memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam aspek pemeriksaan, pengujian dan pengendalian pepasangan sistem kebombaan.

Pengajian Keselamatan Kebakaran, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak mengkhususkan pembelajaran dan latihan berkaitan dengan pencegahan, penghapusan bahaya dan keselamatan kebakaran kepada anggota bomba. Pengajian ini menjadi begitu penting dengan tumbuhnya rekabentuk dan struktur bangunan yang semakin kompleks yang menuntut pegawai bomba untuk meningkatkan dan mempelbagaikan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam perlaksanaan tugasnya.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA