Kursus
- Super User
- Penyiasatan Kebakaran
- Jumlah Pengunjung: 1357
KURSUS-KURSUS ANJURAN PUSAT PENGAJIAN
- Kompaun
- Akta 341
- Tatacara Pemeriksaan Premis
Fungsi
- Super User
- Penyiasatan Kebakaran
- Jumlah Pengunjung: 1058
Menyedari peranan kepada input utama kepada pelaksanaan tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM ) di bawah seksyen 5, Program ini menekankan kepada pembentukan sikap positif ke arah pelaksanaan tugas yang cekap dan berkesan. Program ini juga dirancang bagi memberi peluang kepada semua pegawai bomba ke arah pembangunan diri melalui latihan yang berkesan.
Bahagian Penyiasatan, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia memainkan peranan utama dalam pelaksanaan program-program supaya ketepatan input mencapai objektif dan fungsi setiap bahagian dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Matlamat
- Super User
- Penyiasatan Kebakaran
- Jumlah Pengunjung: 941
Matlamat utama kepada program PPUN adalah peningkatan kepada pemahaman dan berkebolehan dalam melaksaan tugas-tugas kebombaan dari aspek pengurusan dan penguatkuasaan Akta 341. Untuk mencapai hasrat ini, beberapa aktiviti seperti kursus, bengkel, seminar dan khidmat nasihat disediakan kepada semua pegawai dalam jabatan. Penambahan kepada aktiviti semasa juga dilaksanakan seperti latihan-latihan praktikal dan kajian semula penambahbaikan modul kursus.
Pengenalan
- Super User
- Penyiasatan Kebakaran
- Jumlah Pengunjung: 1119
Program pengajian bidang perundangan di Pengajian Undang-undang ( PPUN ) menumpukan peranan dan tanggungjawab kepada aspek-aspek kuasa perundangan yang diberikuasa melalui Akta Perkhidmatan Bomba 1988 ( Akta 341 ) Khususnya dan perundangan-perundangan lain yang berkaitan secara amnya. Bagi mencapai focus ini, pelaksanaan kursus adalah pendekatan paling penting bagi tujuan menambah dan meningkatkan penguasaan Pegawai-pegawai Bomba dari aspek pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan kepada tafsiran-tafsiran peruntukan setiap sekysen dan peraturan merupakan asas kepada penguatkuasaan akta.