Pada 31 Oktober 2013 Jam 1245 telah diadakan Majlis penutupan bagi Kursus Pemanduan Berhemah bertempat di Foyer A FRAM Wakaf Tapai, seramai 30 pegawai dari JBPM Negeri-negeri telah menghadiri kursus ini. Antara objektif utama kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada pegawai bomba mengenai teknik-teknik pemanduan Jentera Bomba. Penyelaras Kursus PBK II Zuhaidi Husain


Pada 31 Oktober 2013 Jam 1245 telah diadakan Majlis Penutupan bagi Kursus Komander Operasi Level I Siri 2/2013 bagi Pegawai Gred KB 22 & KB 24, tempoh 2 minggu kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai Bomba Kanan II dan Pegawai Bomba Kanan I mengenai Prosedur, Pengurusan Bencana serta Teknik Pemadaman Operasi melalui pendekatan secara teori dan praktikal. Peserta yang hadir seramai 68 orang pegawai dari JBPM Trengganu dan JBPM Kelantan.


Pada 27 oktober 2013 Jam 1700 petang bertempat Bilik Mesyuarat 2 telah diadakan satu Mesyuarat Khas Ahli JawatanKuasa PERISMA berkaitan perancangan mengadakan Majlis 'Ladies Night' anjuran bersama PERISMA JBPM Terengganu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Naib Pengerusi PERISMA YM Raja Norhasnita Raja Ibrahim.


Pada 31 Oktober 2013 Jam 1245 tgh bertempat FASA II FRAM Wakaf Tapai telah diadakan Majlis Penutupan Kursus Emergency Medical & Trauma Technician - Basic (Refresher) Siri 2/2013. Seramai 40 orang peserta telah hadir mengikuti, Kursus ini dijalankan selama 2 minggu dibawah kendalian MASTEM Trading Sdn Bhd anjuran bersama Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sultanah Nazirah Trengganu (HSNZ) dibawah kendalian Dr. Kamalul Hapidz Abd Karim. Penyelaras PgKB I Rosmainor Yaacob.


Pada 27 Oktober 2013 Jam 1000 pagi bertempat Bilik Mesyuarat 2 FRAM Wakaf Tapai telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Bil 15/2013, Mesyuarat jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) dan Mesyuarat sambutan Hari Keluarga Peringkat FRAM Wakaf Tapai yang dipengerusikan oleh Komandan FRAM Wakaf Tapai PPjB Abdul Razak Muda.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA