Lawatan Ke Akademi

PROGRAM LAWATAN KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

1.   Pengenalan
Sebagai satu cara untuk mendekatkan diri Akademi dengan masyarakat, pihak akademi amat mengalu-alukan sebarang program lawatan daripada semua pihak termasuk kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar kolej dan universiti, Agensi Kerajaan dan dari syarikat korporat. Semua program lawatan di Akademi ini dikendalikan oleh Pengajian Keselamatan Kebakaran dan semua pertanyaan boleh dibuat melalui Pegawai Perhubungan Awam atau Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai.
    
2.   Aktiviti Lawatan
2.1  Taklimat Akademi daripada Wakil YS Komandan
2.2 Lawatan Ke Sekitar Akademi.
2.3 Demonstrasi menggunakan Alat Pemadam Api.
2.4 Lawatan ke Galeri Akademi.
2.5 Lain-lain aktiviti boleh dibincangkan bersama Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran
    
3. Cara Permohonan
3.1 Sediakan surat permohonan dan di alamatkan kepada:-
  YS Komandan,
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai,
KM 24, Jalan Kuala Berang,
21040 Marang, Terengganu Darul Iman

atau;

melalui emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    
3.2 Maklumat yang diperlukan di dalam surat permohonan:-
  1.  Nama Wakil/ Pegawai bertanggungjawab.
  2. Anggaran / Jumlah sebenar peserta dan pegawai pengiring.
  3. Aktiviti lawatan/ jadual keseluruhan program bermula dari masa bertolak hingga bergerak keluar dari Akademi.
  4. Latar belakang peserta.
  5. Tarikh Cadangan Program.
     
4. Tindakan Akademi
  1.  Memberikan pengesahan/ kelulusan melalui telefon.
  2. Memberikan kelulusan melalui surat rasmi.
  3. Memberikan nama pegawai untuk dihubungi dan nombor telefon pegawai.
 
Semua perkara di atas hanyalah sebagai gambaran untuk memudahkan pihak awam membuat persediaan yang perlu. Sekiranya ada apa-apa persoalan, sila klik di sini untuk dihubungkan ke Soalan Lazim Lawatan.
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman
PENAFIAN :
ABPM Wakaf Tapai tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

 Hakcipta © 2014 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, WAKAF TAPAI
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768