Soalan Lazim Lawatan

1. Soalan: Bagaimana saya hendak membuat permohonan untuk membuat lawatan ke Akademi Tuan?

Jawapan: Sila klik disini untuk keterangan lanjut.

2. Soalan: Adakah saya masih perlu membuat permohonan rasmi walaupun saya telah membuat perbincangan dengan pegawai tuan?

Jawapan: Ya, perlu. Kami adalah agensi yang melaksanakan pengurusan berdasarkan MS ISO 9001:2008. Surat tersebut juga akan memudahkan kami untuk membuat persiapan yang perlu dan ia adalah satu dokumen rasmi seperti yang ditetapkan.

3. Soalan: Apakah yang perlu saya nyatakan dalam surat permohonan saya?

Jawapan: Sila nyatakan butiran berkenaan lawatan seperti halaman panduan lawatan.

4. Soalan: Adakah apa-apa bayaran yang dikenakan untuk mengadakan sesi ceramah Keselamatan Kebakaran untuk pelajar saya semasa lawatan tersebut?

Jawapan: Tidak. Tiada bayaran dikenakan untuk sebarang aktiviti semasa lawatan.

5. Soalan: Kilang tempat saya bekerja ingin mengadakan lawatan ke Akademi tuan. Adakah kami akan dikenakan bayaran sekiranya ingin mengadakan aktiviti pemadaman menggunakan Alat Pemadam Api semasa lawatan tersebut?

Jawapan: Sebenarnya, aktiviti lawatan merupakan salah satu kaedah pendidikan awam. Kami akan mengadakan demonstrasi menggunakan alat pemadam api dan semua ahli rombongan akan diberi peluang untuk mencuba menggunakan alat pemadam api ini. Sekiranya pihak tuan memerlukan sesi ceramah, sila nyatakan didalam surat permohonan dan kami akan cuba mempertimbangkan permohonan tersebut.

6. Soalan: Bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan lawatan?

Jawapan: Masa paling sesuai adalah hari bekerja bermula jam 9.00 pagi. Tetapi selain daripada masa tersebut, pihak kami tiada halangan sekiranya tiada aktiviti rasmi lain.

 7. Soalan: Pihak sekolah saya iaitu salah sebuah sekolah di Pulau Pinang ingin mengadakan lawatan ke tempat tuan. Adakah kami akan dikenakan bayaran sekiranya kami memerlukan penginapan dan makan minum sepanjang berada di sana?

Jawapan: Bagi soalan ini, pihak tuan boleh berbincang dengan Pegawai Perhubungan Awam atau Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran untuk maklumat lanjut.

8. Soalan: Adakah kami boleh memohon untuk mengadakan selain daripada aktiviti yang diterangkan di laman web Akademi?

Jawapan: Ya. Boleh. Bergantung kepada masa dan aktiviti akademi yang lain.

9. Soalan: Dengan siapakah saya boleh berbincang untuk aktiviti lawatan ini?

Jawapan: Pihak tuan boleh berbincang dengan Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran atau Pegawai Perhubungan Awam Akademi.

10. Soalan: Berapa lamakah masa kami boleh mengadakan lawatan?

Jawapan: Lawatan  boleh diadakan sehingga jam 12.00 tengahari. Sila berhubung dengan Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran untuk keterangan lanjut.

11. Soalan: Kepada siapakah saya boleh alamatkan surat permohonan saya?

Jawapan: Pihak Tuan boleh mengalamatkan surat permohonan tuan kepada: YS Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, 21040 Marang, Terengganu Darul Iman.

 

Sekiranya soalan yang tuan/puan cari tiada di atas, sila Hubungi Kami untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

 

 

 

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman
PENAFIAN :
ABPM Wakaf Tapai tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

 Hakcipta © 2014 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, WAKAF TAPAI
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768