Majlis Tamat Latihan Kursus Diploma Sains Kebombaan (KDSK) Gred KB29 Siri 1/2018

27 September 2018, Khamis - Majlis Tamat Latihan Kursus Diploma Sains Kebombaan (KDSK) Gred KB29 Siri 1/2018 telah berlangsung dengan jayanya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAS Tuan Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Seramai 58 orang pegawai Penolong Penguasa Bomba telah ditauliahkan dan mereka terdiri daripada 17 orang pegawai Lantikan Terus dan 41 orang pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).

Majlis dimulakan dengan upacara perbarisan tamat latihan dan diikuti dengan persembahan Pasukan Pancaragam JBPM, pertunjukan demonstrasi kebombaan dan diakhiri dengan upacara pentauliahan Diploma Sains Kebombaan.

Kursus kali ini telah menobatkan beberapa orang pelatih terbaik iaitu PPgB Mohd Nurhilman bin Johari (Anugerah Pelatih Teori Terbaik), PPgB Muhammad Farid Ifwat bin Mohamed Nor (Anugerah Pelatih Amali Terbaik) dan PPgB Syed Mohsen bin T.Ismail (Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan).

Joomla Extensions

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA