×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

Cetak

Majlis Penyerahan Projek Baikpulih Rumah melalui Projek Rumah Sejahtera

27 Februari 2019, Rabu - Majlis Penyerahan Projek Baikpulih Rumah melalui Projek Rumah Sejahtera di bawah Program Sayangi Rakyat telah diadakan di rumah salah seorang peserta program iaitu Puan Krishnankani a/p Vengadasalam bertempat di Taman Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu pada jam 3.00 petang tadi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Lee Kee Hiong, ADUN Kuala Kubu Bharu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Dato' P.S Samy, Pemilik Syarikat Sekolah Memandu Akademi P.S Samy Sdn. Bhd., PKPjB Md Ali bin Ismail, Komandan ABPM Wilayah Tengah, Ketua-ketua Pengajian, Cawangan dan Unit, dan Pegawai-pegawai akademi yang terlibat dalam projek baikpulih rumah tersebut.

Projek baikpulih rumah ini adalah peruntukan daripada projek tahun 2018 di mana pihak ABPM Wilayah Tengah telah diamanahkan untuk melaksanakan baikpulih rumah sebanyak 4 unit di sekitar daerah Hulu Selangor.

Joomla Extensions