×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

Majlis Ucaptama dan Perasmian Program Pemantapan Ketua Zon dan Balai Siri 1/2019

5 Ogos 2019, Isnin - Majlis Ucaptama dan Perasmian Program Pemantapan Ketua Zon dan Balai Siri 1/2019 telah disempurnakan oleh YAS Dato' Haji Amer bin Haji Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM sebentar tadi bertempat di Auditorium Haji Mansur ABPM Wilayah Tengah.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YS TPjB Dato' Abdul Wahab bin Haji Mat Yasin, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PKPjB Md Ali bin Ismail, Komandan ABPM Wilayah Tengah dan PKPjB Haron bin Hj. Tahir, Ketua Seksyen Pengurusan Operasi, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM.

 

Program ini berlangsung selama 5 hari bermula 5 hingga 9 April 2019 melibatkan 150 orang Ketua-ketua Zon dan Balai seluruh Malaysia.


Copyright © 2019 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA