×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

Previous Next

Majlis Penghargaan Hero Abang Bomba ABPM Wilayah Tengah

27/8/2019 (Selasa) - Majlis Penghargaan Hero Abang Bomba ABPM Wilayah Tengah telah diadakan di Dewan Cemerlang, ABPM Wilayah Tengah. Majlis ini diadakan bagi menghargai kejayaan 2 orang pegawai akademi yang telah berjaya melaksanakan misi mereka masing-masing iaitu PB Mohd Fakhrul Munir bin Mohd Isa (Misi Kibaran Bendera Bomba di 2 Puncak Gunung Tertinggi Negara Iran - Gunung Damavand 5610 meter dan Gunung Alam Kuh 4850 meter) dan PB Muhammad Firdaus Hafizi bin Shafii (Misi Pemecahan 3 Rekod Dunia di Manado Bay, Sulawesi Utara, Indonesia - 1. Rangkaian Manusia Terpanjang di dalam air, 2. Pembentangan Bendera Terbesar di dalam Air, dan 3. Penyelaman Paling Ramai).

Pihak ABPM Wilayah Tengah mengucapkan sekalung tahniah buat mereka dan diharapkan kejayaan mereka menjadi pembakar semangat buat seluruh Warga ABPM Wilayah Tengah untuk terus cemerlang di masa akan datang.


Copyright © 2019 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA