×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

Previous Next

Majlis Perasmian Penutupan Fire Fighters and Rescue Exercise Challenge (FAREX) 2019 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

3 Nov. 2019 (Ahad) – Majlis Perasmian Penutupan Fire Fighters and Rescue Exercise Challenge (FAREX) 2019 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berlangsung dengan meriah bertempat di Stadium Taman Millenium, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Majlis telah dirasmikan oleh YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah JBPM.

FAREX 2019 berlangsung selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 November 2019. Terdapat 6 acara yang dipertandingkan, 4 acara individu (Ultimate Challenge, Rescue Challenge, Confine Space Challenge dan Warrior Challenge) dan 2 acara berpasukan ( Relay Warrior Challenge dan Rapid Challenge). Acara individu telah selesai dijalankan pada hari pertama manakala bagi acara berkumpulan telah dijalankan pada pagi tadi. Seramai 176 orang pegawai bomba yang telah terlibat daripada seluruh Malaysia yang mewakili kontinjen JBPM Negeri masing-masing.

Pada majlis perasmian penutupan sebentar tadi, YAS  Ketua Pengarah JBPM turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada Pasukan-pasukan Bomba Sukarela Zon 6 Selangor iaitu bagi kawasan Hulu Selangor. Ini kerana selain daripada pertandingan FAREX 2019, pihak jabatan turut mengadakan Program Keselamatan Kebakaran Bomba bersama Masyarakat di mana program ini mendapat kerjasama daripada JBPM Negeri Selangor. Pelbagai program yang disediakan seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Kelab 3K, Pameran Kebombaan, Ceramah dan Kuiz Kebombaan. Turut diadakan ialah demonstrasi dan pameran daripada Unit Pengesan (K9) JBPM dan  Helikopter Agusta 139 milik Bahagian Udara JBPM.

Turut hadir ialah YS PKPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan JBPM selaku Urusetia Induk FAREX 2019, PKPjB Md Ali bin Ismail, Komandan ABPM Wilayah Tengah selaku tuan rumah penganjuran FAREX 2019, Pengarah Bahagian Udara, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Berikut disertakan senarai pemenang bagi setiap acara FAREX 2019:

Acara Individu:

 

  1. Ultimate Challenge

Johan – PB Amindra bin Lapia Man (JBPM Kuala Lumpur)

Naib Johan – PB Mohamad Afiq bin Rozali (JBPM Negeri  Sembilan)

Tempat Ketiga – PB Elvin Elvista (JBPM Selangor)

 

  1. Rescue Challenge

Johan – PB Mohamad Sazuan bin Samsudin (JBPM Perak)

Naib Johan – PB Mohamad Syafik bin Mohamad (JBPM Pulau Pinang)

Tempat Ketiga – PB Eril Smith bin Nan (JBPM Kuala Lumpur)

 

 

 

 

  1. Warrior Challenge

Johan – PB Steven J.Roland (JBPM Pulau Pinang)

Naib Johan – PB Mohamad Amirul bin Mazlan (JBPM Perak)

Tempat Ketiga – PBK II Mahadir bin Sadon (JBPM Selangor)

 

  1. Confine Space Challenge

Johan – PB Izatul Ikmal bin Taib (JBPM Kuala Lumpur)

Naib Johan – PB Azril bin Che Mad (JBPM Pulau Pinang)

Tempat Ketiga – PB Aidil Ashraf bin Ahmad (JBPM Johor)

 

Acara Berkumpulan:

 

  1. Relay Warrior Challenge

Johan – JBPM Perak

Naib Johan – JBPM Pulau Pinang

Tempat Ketiga – JBPM Negeri Sembilan

 

  1. Rapid Challenge

Johan – JBPM Pulau Pinang

Naib Johan – JBPM Selangor

Tempat Ketiga – JBPM Kuala Lumpur

 

Johan Keseluruhan FAREX 2019 – JBPM Pulau Pinang

 

 

 

 


Copyright © 2019 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA