×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

31 Disember 2019 (Selasa) - Majlis Jasamu Dikenang dan Pemakaian Tanda Pangkat Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah telah berlangsung di Dewan Cemerlang, ABPM Wilayah Tengah sebentar tadi.

Majlis diadakan bagi meraikan persaraan PPjB Madzlan bin Hashim, Ketua Pengajian Keselamatan dan pertukaran En. Umar Sayyidi bin Hamzah, Penolong Jurutera ke Bahagian Kejuruteraan JBPM Kuala Lumpur.

Majlis juga diadakan bagi meraikan kenaikan pangkat Pegawai Bomba Kanan II (KUP) seramai 6 orang di ABPM Wilayah Tengah.

 

 


28 Nov. 2019 , Bertempat di Auditorium Haji Mansur, APBM Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu satu Lawatan daripada Philippine Bureau of Fire Protection seramai 57 orang pegawai ke ABPM Wilayah Tengah. PPjB Abu Bakar bin Katain, Timbalan Komandan ABPM Wilayah Tengah menyambut ketibaan peserta lawatan dan memberikan taklimat pengenalan berkaitan akademi. Pelawat juga telah dibawa melawat sekitar kawasan akademi bagi melihat kemudahan fasiliti latihan kebombaan di sini.


Previous Next

19 November 2019, PPjB Abdul Halim bin Mohamed Jadi hadir mewakili Komandan ke Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pengurusan Tertinggi SWCorp bertempat di Pos Bersih, Ulu Slim, Perak.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Ismail bin Moktar, CEO SWCorp. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula 17 hingga 19 Nov. 2019 di ABPM Wilayah Tengah. Peserta kursus adalah terdiri daripada Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Negeri dan Ketua-ketua Unit SWCorp seluruh Malaysia.


Copyright © 2019 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA