Perutusan Komandan

Medium ICT terutama portal merupakan mekanisme dalam menyalurkan informasi. Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat hanya di hujung jari, tanpa mengira lokasi dan masa. Urusan yang dahulunya diselesaikan di kaunter-kaunter pejabat kini diselesaikan secara maya menerusi portal-portal khas.

Perkembangan ICT mewujudkan persekitaran dunia yang semakin mengecil kerana kini, teknologi komunikasi boleh menghubungkan hampir semua lokasi.

Menyedari hakikat ini di samping keperluan masyarakat dan pelanggan yang memerlukan informasi secara cepat dan tepat, maka ABPM Wilayah Tengah mengambil komitmen dan komited mewujudkan portal yang berinformasi dan interaktif.

Selamat melayari portal ini dan pihak Akademi amat mengalu-alukan pandangan anda untuk penambahbaikan laman web ini.

Sekian, terima kasih.

(MD ALI BIN ISMAIL)

Komandan
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Kuala Kubu Bharu


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA