Dasar Kualiti
- Akademi komited untuk memberikan latihan kebombaan secara menyeluruh dan berkesan melalui latihan yang berterusan dan terancang bagi mencapai kepuasan serta keyakinan pelanggan.
- Akademi komited untuk menentukan aspek pengurusan dalam mematuhi keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti dan peningkatan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
- Akademi komited dalam menyediakan tatakerja asas bagi mewujud dan menyemak semua objektif kualiti.
- Akademi komited dalam menentukan dasar kualiti disebarkan dan difahami oleh keseluruhan anggota organisasi dan dikaji semula bagi memastikan kesesuaiannya berterusan.
Strategi
- Mewujudkan satu organisasi latihan kebombaan dan penyelamatan bertaraf dunia.
- Mewujudkan tanda-aras (bench-marking) keunggulan melalui invovasi, kualiti dan MS ISO 9001-2008
- Mencapai keunggulan dan kecemerlangan kakitangannya melalui pelbagai kemahiran dan pengetahuan melalui pelbagai kemahiran dan pengetahuan (multi-skills) menerusi penggunaan teknologi maklumat dan teknologi tinggi
- Membentuk budaya korporat yang lebih berdinamik, telus, unggul, cemerlang, profesional dan penerapan nilai-nilai murni
- Mendapatkan pengiktirafan terhadap bakat/kemahiran dan melakukan "pelaburan" untuk kakitangan melalui pembangunan insan dan latihan yang berterusan.
Etika
Terdapat 6 etika yang diguna pakai di dalam Akademi selaras dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu:
- Berkhidmat untuk negara kerana Allah.
- Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat.
- Taat dan Setia, Cekal dan Sabar.
- Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin.
- Siap sedia setiap masa.
- Seerat Serasa Sehati Sejiwa.