Latar Belakang Akademi

Dibina pada tahun 1972 di atas kawasan seluas 12 ekar, Pusat Latihan Bomba, Kuala Kubu Bharu didirikan dengan prasarana sebuah blok pejabat, asrama, padang kawad dan beberapa simulator.

Pada tahun 1997, Pusat Latihan Bomba, Kuala Kubu Bharu telah ditukar nama kepada Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), Kuala Kubu Bharu.

Sehingga tahun 2010, ABPM Kuala Kubu Bharu mempunyai 90 kakitangan yang diketuai oleh PPjB Nor Hisham bin Mohammad selaku Komandan.

Selaras dengan penstrukturan baru Jabatan, ABPM Kuala Kubu Bharu merupakan lokasi kursus bagi Pegawai-pegawai Kanan, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Malaysia Technical Coperation Programme.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA