×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

  • Mengurus dan menyediakan kemudahan penginapan yang terbaik meliputi aspek persekitaran, keselesaan dan keselamatan penghuni.
  • Berusaha mempertingkatkan tahap pengurusan penginapan ke arah sebuah pengurusan yang mantap, efisien dan unggul meliputi pelbagai aspek.
  • Memastikan prosedur MS ISO 9001:2000 dipatuhi bagi mendokong dasar Akademi serta mencapai sebuah pengurusan yang mementingkan kualiti dan pelaksanaan yang berkesan.

 

Unit Pengurusan Asrama merupakan salah satu unit yang penting yang di wujudkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan penginapan dan kemudahan yang berkaitan.


  • Memberikan perkhidmatan pengurusan penginapan berteraskan konsep MESRA AKADEMI, KESELESAAN DAN KETENANGAN.
  • Menyediakan sebuah struktur pengurusan organisasi yang mantap dan tersusun serta keselamatan terjamin, persekitaran yang ceria dan selesa.
  • Menyediakan keperluan prasarana serta kemudahan fizikal yang menyeluruh dan selesa.
  • Menjadikan penginapan asrama sebagai salah satu platform atau aset penyumbang kepada prestasi akademik dan disiplin pegawai-pegawai Bomba.
  • Merancang aktiviti dan program pelatih-pelatih baru yang menginap di asrama sebuah program yang boleh menjana pergaulan sihat dan seterusnya penyumbang pembangunan modal insan.
  • Mewujudkan struktur dan kaedah terhadap apa jua aduan berkaitan asrama serta langkah-langkah pembetulan, pencegahan dan pemantauan yang berterusan dalam meningkatkan lagi kecekapan pengurusan asrama.

Khidmat Pengurusan Asrama

Copyright © 2019 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA