×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

Pegawai dan anggota dari ABPM KKB berjaya mendaki sehingga ke Annapurna Base Camp, Nepal

Alhamdulillah... kesemua 62 pendaki dari JBPM dan Media Malaysia termasuk 6 pegawai dan anggota dari ABPM KKB berjaya mendaki sehingga ke Annapurna Base Camp, Nepal pada tanggal 30 April 2017 pada jam 2 petang waktu tempatan (4.30 ptg waktu malaysia).

 

Kejayaan ini turut mencatatkan 2 rekod Malaysia iaitu kumpulan teramai dan juga mengibarkan bendera jalur gemilang terbesar pada ketinggian 4130 meter itu.

 

Turut menyertai pendakian ialah PKPjB Saadon Bin Moktar, Komandan ABPM KKB, Dato Abd Wahab Pengarah N. Pahang, PKPjB Nor Hisham Bin Mohamad Pengarah N. Sarawak, PKPjB Abd Razak Bin Muda Pengarah N. Kedah, PPjB Nazili Bin Mahmud Pengarah N. Kelantan,dan PPjB Md. Ali Bin Ismail.

 

Peserta tertua ekspedisi ini iaitu Dato Nik Naizi yg merupakan Presiden Kelab Media merangkap Penasihat ekspedisi turut berjaya ke puncak.

Ekspedisi ini bermula sejak 24 April yg lalu dan semua pendaki negara dijangka pulang ke tanahair pada 5 May 2017.

Sekian Laporan dari Pokhara, 
Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa @ Loe Ralston
Ketua Pendaki 
Cabaran Annapurna Base Camp Bomba dan Media 2017

 

 


Copyright © 2019 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA