×

Amaran

The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.

Membantu meningkatkan kualiti modal insan yang kompetan dan berintegriti di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mencapai objektif, misi dan visi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia khususnya serta meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan Jabatan dalam bidang kebombaan yang bertaraf dunia.


Cawangan Pratikal Kebombaan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu, diwujudkan oleh kerana perubahan terkini selaras dengan pertukaran nama yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu. Dengan wujudnya Cawangan Pratikal Kebombaan ini diharapkan dapat membantu Pegawai-pegawai Bomba dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab dengan cekap dan professional selaras dengan misi dan visi Jabatan.


  • Mengenalpasti peralatan dan kelengkapan simulator yang terkini serta sesuai dengan pembangunan Negara
  • Membantu penyelaras dalam melaksanakan kursus yang dijalankan.
  • Menjalankan latihan praktikal kebombaan mengikut kursus yang dianjurkan oleh pihak akademi.
  • Memeriksa sebelum, semasa dan selepas setiap peralatan simulator yang digunakan
  • Menjalankan latihan kecergasan fizikal dan kawad kaki

Copyright © 2019 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA