Pengenalan

Pengajian Pemadaman Kebakaran, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengajian Operasi adalah merupakan salah satu pengajian yang diwujudkan bagi memantapkan pelaksanaan kursus-kursus ke arah pencapaian matlamat Akademi khususnya di dalam bidang Pemadaman Kebakaran. Bagi merealisasikan objektif Jabatan, Pengajian Pemadaman Kebakaran bersedia dan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat-maklumat Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan. Ini dapat memenuhi hasrat Jabatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan cekap dan profesional selaras dengan Misi dan Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA