Pengenalan

Pengajian Pengurusan Kebombaan merupakan salah satu pengajian yang diwujudkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu yang bertanggungjawab dalam menganjur dan melaksanakan kursus-kursus di Akademi. Pengajian Pengurusan Kebombaan telah ditubuhkan bertujuan memberi latihan pengurusan kebombaan kepada pegawai-pegawai Bomba dalam usaha melahirkan pegawai-pegawai yang kompeten, profesional dan berkualiti. Di samping itu juga, Pengajian Pengurusan Kebombaan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan ke arah kecemerlangan melalui latihan, seminar dan bengkel.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA